Perkahwinan Mengikut Syarak!

.•♥•.¸¸.•♥• Hentikan adat perkahwinan menyeleweng •♥•.¸¸.•♥•.¸

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Jun – Wajib ditinggalkan adat perkahwinan yang bercanggah dengan atau menyeleweng dari aqidah, syariah dan akhlak Islam manakala yang tidak bercanggah atau menyeleweng tidak mengapa untuk diamalkan.

Majlis perkahwinan di Brunei yang dibe-narkan oleh syara’ dengan cara yang sederhana, tidak berlebih-lebihan ialah Majlis Bersuruh atau berjarum-jarum (majlis meminang), majlis akad nikah dan majlis jamuan makan, manakala majlis-majlis lain ialah majlis adat, ada kalanya membawa pembaziran dan ria’, sedang membazir dan ria’ adalah larangan Allah dan haram.

Salah satu adat yang menyeleweng dari syariah Islam itu ialah persentuhan kulit de-ngan bukan mahram ketika melulut atau membedak atau menginai/mamacar, seumpama kebiasaan pengangun perempuan membedaki pengantin lelaki yang bukan mahramnya, ujar Ulama Tarbiah Fatwa di Jabatan Mufti Kerajaan, Hajah Norasikin Haji Abdul Majid.

Turut menyeleweng dari syariah Islam ialah pengantin lelaki memakai pakaian tradisi yang menyerupai perempuan seperti gelang, rantai dan seumpamanya kerana haram lelaki memakai pakaian atau perhiasan yang menyerupai perempuan sekalipun bukan diperbuat daripada emas, tambahnya.

Beliau turut memberi peringatan bahawa memakai pakaian tradisi yang menampakkan aurat bagi pengantin perempuan juga merupakan adat yang menyeleweng dari syariah Islam kerana umat Islam diwajibkan menutup aurat.

“Adat yang menyeleweng dari aqidah Islam pula adalah kepercayaan sesuatu amalan itu jika tidak dilakukan akan mendatangkan sial, atau jika dilakukan akan mendatangkan keberuntungan, umpamanya adat yang melibatkan menyalakan api pada lilin.”

Umpamanya menyalakan api pada lilin semasa mengarak pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan, malam berbedak, mandi dian dan empat penjuru sebelum akad nikah, sehinggakan masih didapati sesete-ngah orang-orang tua memastikan api itu sentiasa bernyala, kata Hajah Norasikin.

“Begitu juga dengan adat basuh kaki, jika di sebalik perbuatan itu terdapat sebarang kepercayaan atau sangkaan untuk membuang sial atau mengelak penyakit dan sebagainya, yang jika tidak dilakukan akan mendatangkan perkara yang tidak diingini itu, maka ia adalah khurafat dan bid’ah yang nyata, tidak ber-faedah dan wajib dihentikan, tetapi jika saja-saja membasuh untuk membuang kotoran adalah harus.

“Ada sesetengah keluarga menganggap bahawa berinai bagi bakal pengantin itu adalah menjadi suatu kewajipan kononnya akan menjadi tanda orang berkahwin di akhirat kelak, maka kepercayaan seumpama itu adalah dusta kepada ugama, dan dusta kepada ugama itu adalah salah dan haram.

“Menyalakan api lilin itu harus jika ia semata-mata perhiasan yang mubah (harus) tetapi jika kita membuat prasangka ada untung rugi, atau bahagia, celaka atau boleh mendatangkan berbagai-bagai hal dengan adanya api lilin itu atau dengan ketiadaannya, maka kepercayaan seperti itu menyalahi aqidah Islam yang sebenarnya.”

Sesungguhnya untung rugi itu datangnya daripada Allah jua, tidak boleh dikaitkan de-ngan sesuatu benda, tegas Hajah Norasikin lagi ketika membentangkan kertas kerjanya berjudul “Antara Adat dan Hukum Syariah Dalam Mengendalikan Majlis Perkahwinan Di Brunei”.

Menyentuh mengenai majlis akad nikah yang dijalankan di masjid beliau menca-dangkan imam supaya menulis notis per-ingatan bahawa orang yang dalam keadaan berhadas besar tidak boleh atau haram masuk ke masjid, misalnya perempuan yang haid dan seumpamanya, termasuklah pe-ngantin perempuan.

Adat yang menyeleweng dari akhlak Islam adalah seperti mengadakan tari-menari, bunyi-bunyian muzik di majlis perkahwinan, ada yang membawa kepada pembaziran, riya’ dan bermegah-megah, jelasnya.

Hajah Norasikin turut menyatakan bahawa tidak wajib taat orang tua dalam perkara menderhakai Allah, namun menolak permintaan orang tua untuk menjalankan adat yang bertentangan dengan Islam hendaklah dengan cara baik dan bijaksana (hikmah dan mau’izhah hasanah).

-Petikan Media Permata-

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s