Amalan di bulan Sya’ban

TENTANG KESAHIHAN AMALAN DAN FADILAT SYAABAN
Soalan: Dr Asri yang dikasihi, sekarang kita berada dalam Bulan Syaaban. Apakah amalan yang patut kita lakukan. Saya dengar macam-macam pendapat. Ada kata banyak amalan Bulan Syaaban yang dibuat orang itu tidak ada dalil. Contohnya malam Nisfu Syaaban. Ada kata palsu. Ada kata memang ada dalil. Saya baca di internet pun macam-macam pandangan. Saya ingin beramal dengan amalan yang betul. Bolehkah Dr Asri huraikan?

Anisah, Bangi.
Jawapan Dr MAZA: Saudari Anisah yang dikasihi, sikap saudari yang ingin memastikan ketepatan amalan amat dipuji. Agama ini bukan diikuti tanpa dipastikan kesahihan, atau diikuti tanpa faham. Agama berpaksikan dalil yang diiktiraf. Sesuatu yang tidak berasaskan sumber yang sah iaitu al-Quran dan hadis-hadis yang sabit tidak boleh disandarkan kepada Islam. Dalam masa yang sama, tidaklah pula kita mudah menafikan sesuatu perkara dengan menyatakan ia bukan dari ajaran Islam, sebelum kita benar-benar pasti memang tidak wujud dalil dalam hal tersebut. Mengenai soalan saudari, saya jawab berdasarkan perkara-perkara berikut;
1. Hadis-hadis yang berhubung kelebihan atau amalan pada Bulan Syaaban, ada yang sabit dan ada yang tidak. Bahkan terdapat juga amalan-amalan Bulan Syaaban yang diamalkan oleh sesetengah masyarakat itu, hanya ikutan yang tidak mempunyai apa-apa sumber. Ini seperti amalan sesetengah masyarakat yang membuat juadah khas Bulan Sya’ban dan seumpamanya. Banyak buku-buku yang dijual tentang kelebihan Rejab dan Syaaban itu tidak berasaskan hadis-hadis yang sahih.
2. Dalam sejarah ilmu hadis, ramai pemalsu hadis memang gemar membuat hadis-hadis palsu yang berkaitan dengan fadilat-fadilat. Ini seperti mereka mengada-adakan fadilat-fadilat bulan tertentu, surah tertentu dan seumpamanya. Mereka akan mengaitkannya pula dengan amalan tertentu seperti solat khusus, doa khusus, puasa khusus pada hari atau bulan yang dikaitkan dengan fadilat itu. Sebab itulah al-Imam Ibn al-Salah ( meninggal 643H) menyebut: “Ada beberapa golongan yang membuat hadis palsu, yang paling bahaya ialah puak yang menyandarkan diri mereka kepada zuhud (golongan sufi). Mereka ini membuat hadis palsu dengan dakwaan untuk mendapatkan pahala. Maka orang ramai pun menerima pendustaan mereka atas thiqah (kepercayaan) dan kecenderungan kepada mereka. Kemudian bangkitlah tokoh-tokoh hadis mendedahkan keburukan mereka ini dan menghapuskannya. AlhamdulilLah”.( Ibn al-Salah, `Ulum al-Hadis, m.s. 99, Beirut: Dar al-Fikr al-Mu`asir).
3. Antara hadis palsu yang direka mengenai bulan-bulan: “Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadhan bulan umatku”. Ini adalah hadis palsu yang direka oleh Ibn Jahdam (meninggal 414H) (lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha`if, m.s. 95, Halab: Maktab al-Matbu`at al-Islamiyyah). 

Beliau adalah seorang guru sufi di Mekah. Dia juga dituduh membuat hadis palsu mengenai solat Raghaib iaitu solat pada jumaat pertama bulan Rejab( lihat: al-Imam al-Zahabi, Mizan al-`Itidal fi Naqd al-Rijal,. 5/173, Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah).
4. Kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (wafat 751H): “Hadis-hadis mengenai solat Raghaib pada jumaat pertama bulan Rejab kesemuanya itu adalah palsu dan dusta ke atas Rasulullah s.a.w. Begitu juga semua hadis mengenai puasa bulan Rejab dan solat pada malam-malam tertentu adalah dusta ke atas Nabi s.a.w. Demikian juga hadis-hadis mengenai solat pada malam Nisfu Syaaban (kesemuanya adalah palsu). Solat-solat ini direka selepas empat ratus tahun munculnya Islam”. (Ibn al-Qayyim, al-Manar al-Munif, m.s. 95-98).

5. Namun tidak boleh dinafikan bahawa di sana juga terdapat hadis-hadis yang sahih mengenai kelebihan Bulan Sya’ban. Antaranya apabila bertanya Usamah bin Zaid Nabi s.a.w mengapa baginda banyak berpuasa pada Bulan Syaaban, Nabi s.a.w menjawab: 

ذَلِكَ شَهْرٌ يَغْفُلُ النَّاسُ عَنْهُ بَيْنَ رَجَبٍ وَرَمَضَانَ، وَهُوَ شَهْرٌ تُرْفَعُ فِيهِ الْأَعْمَالُ إِلَى رَبِّ الْعَالَمِينَ، فَأُحِبُّ أَنْ يُرْفَعَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ

“Itulah bulan yang manusia lalai mengenainya; antara Rejab dan Ramadan. Padanya (Bulan Syaaban) diangkat amalan hamba-hamba Allah. Aku suka tidak diangkat amalanku, melainkan aku dalam keadaan berpuasa” (Riwayat Ahmad, al-Nasai dll, dinilai hasan). 
Aisyah r.aha juga menyebut: “Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w berpuasa dalam bulan lain lebih daripada puasa Syaaban. Baginda pernah berpuasa Syaaban sepenuhnya, kecuali hanya beberapa hari (tidak puasa)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). 
6. Hadis-hadis yang disebut di atas dan riwayat-riwayat yang lain menunjukkan kita amat digalakkan berpuasa sunat pada Bulan Syaaban. Perbuatan berpuasa pada Bulan Syaaban adalah sunnah yang sabit daripada Nabi s.a.w. Amalan sebahagian masyarakat yang suka berpuasa pada Bulan Syaaban adalah amalan soleh.
7. Adapun Nisfu Syaaban, atau pertengahan Syaaban (15 haribulan), terdapat hadis yang sahih tentang kelebihannya di samping banyak hadis palsu mengenainya. Juga tidak terdapat hadis yang sabit mengenai amalan khusus seperti solat khas pada malam tersebut. Kata al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H) dalam kitabnya yang masyhur al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab: “Solat yang dikenali dengan solat al-Raghaib iaitu dua belas rakaat ditunaikan antara Maghrib dan Isyak pada Jumaat pertama Bulan Rejab, juga Solat Malam Nisfu Syaaban sebanyak seratus rakaat; kedua-dua solat ini bidah lagi mungkar yang jelek. Jangan kamu terpengaruh disebabkan keduanya disebut dalam Kitab Qut al-Qulub dan Ihya ‘Ulum al-Din. Jangan juga terpengaruh dengan hadis yang disebut dalam dua kitab berkenaan kerana kesemuanya palsu. Jangan kamu terpengaruh dengan sesetengah imam yang keliru mengenai kedudukan hadis-hadis kedua solat berkenaan” (4/56. Beirut: Dar al-Fikr). Al-Imam al-Syaukani (meninggal 1250H) menyebut dalam al-Fawaid al-Majmu’ah fi al-Ahadith al-Maudu’ah: “Telah diriwayatkan mengenai solat malam Nisfu Syaaban dari pelbagai riwayat, kesemuanya batil lagi palsu” (ms 72. Mekah: Maktabah Mustafa Baz).
8. Pun begitu tidak dinafikan ada hadis yang sahih Nabi s.a.w menyebut:

إِنَّ اللَّهَ لَيَطَّلِعُ فِي لَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيعِ خَلْقِهِ إِلَّا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ

“Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain. Al-Albani menilai sahih dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah 3/135). 

Maka, sewajarnya apabila hal ini diberitahu oleh Nabi s.a.w, maka kita melakukan amalan-amalan yang soleh pada malam berkenaan dan mengelakkan apa yang Allah benci. Syirik dan permusuhan antara muslim adalah sebab seseorang itu tidak diampunkan. Selain itu dua dosa tersebut, mudah-mudahan kita semua diampunkan.
9. Dr Yusuf al-Qaradawi ada mengulas tentang amalan malam Nisfu Syaaban dengan katanya: ““Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban, membaca doa tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi’ tabi`in). Ianya satu doa yang panjang, yang menyanggahi nas-nas (al-Quran dan Sunnah) serta bercanggahan dan bertentangan pula isi kandungannya…perhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bidah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bidah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bidah, dan setiap yang bidah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka” (Dr. Yusuf al-Qaradawi, Fatawa Mu`asarah, 1/382-383, Beirut: Dar Uli al-Nuha, Beirut).
10. Namun begitu, janganlah kita terlalu cepat menghukum. Apa yang disebut oleh Dr al-Qaradawi itu adalah kaedah umum. Sesuatu masyarakat atau seseorang individu mungkin mempunyai keuzuran yang tersendiri. Kemungkinan mereka tidak tahu, atau mereka dihalang ilmu untuk sampai kepada mereka dan seumpamanya. Kemungkinan besar jika mereka tahu, mereka tidak akan melakukan hal yang demikian. Tujuan mereka baik, cuma cara sahaja yang wajar dibaiki. Galakan berdoa dan memohon keampunan pada malam Nisfu Syaaban ada asasnya. Penentuan cara sedemikian itu, tidak ditunjukkan oleh nas yang sahih.
Wallahu “alam bissowab

Via c&p

Adat Perkahwinan?

Hentikan adat perkahwinan menyelewengPosted date: June 05, 2013

Oleh Hasrulraizan

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Jun – Wajib ditinggalkan adat perkahwinan yang bercanggah dengan atau menyeleweng dari aqidah, syariah dan akhlak Islam manakala yang tidak bercanggah atau menyeleweng tidak mengapa untuk diamalkan.

Majlis perkahwinan di Brunei yang dibe-narkan oleh syara’ dengan cara yang sederhana, tidak berlebih-lebihan ialah Majlis Bersuruh atau berjarum-jarum (majlis meminang), majlis akad nikah dan majlis jamuan makan, manakala majlis-majlis lain ialah majlis adat, ada kalanya membawa pembaziran dan ria’, sedang membazir dan ria’ adalah larangan Allah dan haram.

Salah satu adat yang menyeleweng dari syariah Islam itu ialah persentuhan kulit de-ngan bukan mahram ketika melulut atau membedak atau menginai/mamacar, seumpama kebiasaan pengangun perempuan membedaki pengantin lelaki yang bukan mahramnya, ujar Ulama Tarbiah Fatwa di Jabatan Mufti Kerajaan, Hajah Norasikin Haji Abdul Majid.

Turut menyeleweng dari syariah Islam ialah pengantin lelaki memakai pakaian tradisi yang menyerupai perempuan seperti gelang, rantai dan seumpamanya kerana haram lelaki memakai pakaian atau perhiasan yang menyerupai perempuan sekalipun bukan diperbuat daripada emas, tambahnya.

Beliau turut memberi peringatan bahawa memakai pakaian tradisi yang menampakkan aurat bagi pengantin perempuan juga merupakan adat yang menyeleweng dari syariah Islam kerana umat Islam diwajibkan menutup aurat.

“Adat yang menyeleweng dari aqidah Islam pula adalah kepercayaan sesuatu amalan itu jika tidak dilakukan akan mendatangkan sial, atau jika dilakukan akan mendatangkan keberuntungan, umpamanya adat yang melibatkan menyalakan api pada lilin.”

Umpamanya menyalakan api pada lilin semasa mengarak pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan, malam berbedak, mandi dian dan empat penjuru sebelum akad nikah, sehinggakan masih didapati sesete-ngah orang-orang tua memastikan api itu sentiasa bernyala, kata Hajah Norasikin.

“Begitu juga dengan adat basuh kaki, jika di sebalik perbuatan itu terdapat sebarang kepercayaan atau sangkaan untuk membuang sial atau mengelak penyakit dan sebagainya, yang jika tidak dilakukan akan mendatangkan perkara yang tidak diingini itu, maka ia adalah khurafat dan bid’ah yang nyata, tidak ber-faedah dan wajib dihentikan, tetapi jika saja-saja membasuh untuk membuang kotoran adalah harus.

“Ada sesetengah keluarga menganggap bahawa berinai bagi bakal pengantin itu adalah menjadi suatu kewajipan kononnya akan menjadi tanda orang berkahwin di akhirat kelak, maka kepercayaan seumpama itu adalah dusta kepada ugama, dan dusta kepada ugama itu adalah salah dan haram.

“Menyalakan api lilin itu harus jika ia semata-mata perhiasan yang mubah (harus) tetapi jika kita membuat prasangka ada untung rugi, atau bahagia, celaka atau boleh mendatangkan berbagai-bagai hal dengan adanya api lilin itu atau dengan ketiadaannya, maka kepercayaan seperti itu menyalahi aqidah Islam yang sebenarnya.”

Sesungguhnya untung rugi itu datangnya daripada Allah jua, tidak boleh dikaitkan de-ngan sesuatu benda, tegas Hajah Norasikin lagi ketika membentangkan kertas kerjanya berjudul “Antara Adat dan Hukum Syariah Dalam Mengendalikan Majlis Perkahwinan Di Brunei”.

Menyentuh mengenai majlis akad nikah yang dijalankan di masjid beliau menca-

dangkan imam supaya menulis notis per-ingatan bahawa orang yang dalam keadaan berhadas besar tidak boleh atau haram masuk ke masjid, misalnya perempuan yang haid dan seumpamanya, termasuklah pe-ngantin perempuan.

Adat yang menyeleweng dari akhlak Islam adalah seperti mengadakan tari-menari, bunyi-bunyian muzik di majlis perkahwinan, ada yang membawa kepada pembaziran, riya’ dan bermegah-megah, jelasnya.

Hajah Norasikin turut menyatakan bahawa tidak wajib taat orang tua dalam perkara menderhakai Allah, namun menolak permintaan orang tua untuk menjalankan adat yang bertentangan dengan Islam hendaklah dengan cara baik dan bijaksana (hikmah dan mau’izhah hasanah).

Dipetik dari:

Media Permata

Sejenak berfikir dan merenung..

Jack Ma says, “Please tell your children that the world is changing every day and no one is going to wait for you in the past. When lighter was invented, matches slowly disappeared. When calculator was created, abacus was to fade away. When digital camera was designed, the market of negative film no longer existed. When direct market selling/internet-based selling arises, traditional marketing declines. When smartphone with 4G (wireless internet access) was introduced to the world, you no longer need to turn on your computer at home. When WeChat and WhatsApp (mobile text/voice/video messaging) are developed, traditional text messaging is no longer as popular as before. Let’s not to blame “Who took over Whose business.” It’s only because people are more adjustable and adaptable to new ideas and changes in the world. Someone asks Jack Ma, “What is your secret for sucess?” He says, “Really simple…I am doing (action) while you’re only watching.” Please remember that the world keeps changing every day.
If you don’t change, you’ll be left behind. You reap what you sow with your time. If you spend time to drink, you may become an alcoholic. If you spend time to complain, you may become a blamer. If you spend time to beautify yourself, you may become a pretty girl/handsome guy. If you spend time to stay healthy, you may enjoy a healthy good life. If you spend time to be picky, you may become a ‘mean’ person. If you spend time to learn, you may gain wisdom. If you spend time with your family, you may foster a warm and loving relationship with your loved ones.