JAWAPAN BAGI SOALAN O LEVEL NOVEMBER 2011 (P1)

DISINI ADA CIKGU BERIKAN SEMULA BEBERAPA JAWAPAN BAGI SOALAN YANG KURANG JELAS SEMASA DI DALAM KELAS PETANG TADI:-

1 (c) Selesaikan masalah berikut:

(i) Hassan memberikan zakat hartanya kepada abang kandungnya yang menanggung hutang.

(ii) Zamarul mempunyai syarikat perniagaan yang mendapat keuntungan yang banyak.

JAWAPAN:

i. Zakat Hassan adalah sah jika abangnya itu berhutang atas tujuan kebaikkan bagi dirinya dan untuk kepentingan ramai sepertimana yang dimaksudkan sebagai al-gharimin.

ii. Zamarul wajib mengeluarkan zakat bagi harta perniagaannya tersebut bilamana ia telah sampai nisab, cukup haul serta syarat-syaratnya dengan kadar sebanyak 2.5% (1/40).

2 (b)/Nyatakan syarat-syarat sah membayar Dam dan bilakah masa yang sesuai untuk membayar ../ Dam?

JAWAPAN:

* Syarat-syarat sah membayar Dam itu mengikut jenis-jenis dam yang EMPAT:

1. TERTIB: Ertinya Tersusun; Pembayarannya hendaklah mengikut susunan. Tidak boleh berpindah pada jenis denda yang kedua melainkan tidak mampu melaksanakan jenis denda yang pertama.

2. TAKHYIR: Ertinya Pilihan; Pembayaran denda ini boleh ditunaikan dengan memilih jenis denda yang diingini atau mampu dilaksanakannya.

3. TAKDIR: Ertinya Tetap; Pembayaran dam/denda mengikut Syara’.

4. TA’DIL: Ertinya Mengikut Nilai; Pembayarannya bergantung kepada nilai harga, tidak ada ketetapan Syara’.

* Syarat pembayaran dam/denda dengan menyembelih korban ialah:

1. Hendaklah binatang sembelihan itu sihat dan gemuk.

2. Hendaklah binatang sembelihan itu selamat dan sempurna sifatnya, tidak buta, tidak tempang, tidak cacat dsb.

3. Jika unta hendaklah yang berumur lima tahun keatas atau lembu yang berumur dua tahun atau kambing yang berumur setahun.

*Masa yang sesuai untuk membayar dam/denda adalah bergantung pada denda yang dikenakan iaitu:

i. Selepas Solat Hari Raya Haji dan pada hari-hari Tasyriq iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah jika denda berupa penyembelihan seekor unta/lembu/kambing, sedekah beberapa cupak makanan dan selain daripadanya.

ii. Jika dam/denda berupa puasa selama 10 hari masa yang sesuai ialah 3 hari di musim haji di Tanah Haram dan 7 hari selebihnya setelah jemaah tersebut pulang ke tanah air.

2 (c) Selesaikan masalah Haji berikut:

(i) Ali mengerjakan tawaf dalam lingkungan Hijru lsmail dan binaan Shazirwan.

(ii) Pak Abu mengupah anak saudaranya untuk mengerjakan ibadah haji bagi pihaknya isebabkan keadaannya yang sakit dan sudah tua.

JAWAPAN:

ii. Harus dan Sah Pak Abu mengupahkan anak saudaranya untuk mengerjakan haji bagi pihaknya kerana adanya keuzuran dengan syarat anak saudaranya itu sudah menunaikan haji bagi dirinya sendiri.

i. Tidak sah tawaf Ali kerana dia telah memasuki kawasan lingkungan Kaabah yang ditegah di dalam syarat-syarat sah tawaf. Wajib dia mengulang semula tawafnya jika ianya jenis tawaf Rukun/Ifadah atau tawaf Wida’.

Sekian. Wallahu ‘Alam Bissowab. 🙂

DEAR STUDENTS.. SILA JAWAB SOALAN MENGENAI MASALAH DI DALAM ZAKAT INI..

BERIKAN HUKUM ZAKAT DAN ALASAN/SEBAB-SEBABNYA:-

1) ALI ADALAH SEORANG PENTERNAK YANG BERJAYA, DIA MEMILIKI 100 EKOR KUDA, 50 EKOR KIJANG, 300 EKOR ITIK, 38 EKOR KAMBING, 10 EKOR UNTA DAN 60 EKOR LEMBU?

2) ALEEYA MENYIMPAN BANYAK RANTAI DAN GELANG EMAS YANG SUDAH LAMA TIDAK DIPAKAINYA?

3) TANAMAN BUAH DURIAN AZHAR MENCAPAI SEBANYAK 1000 GANTANG?

Selamat Mencuba 🙂

 

DEAR XP STUDENTS..

ASSALAMU’ALAIKUM..

Hi students, I’m a bit busy lately.. so nothing new in my blog..

ok, cikgu sudah upload and assemble all 2011 nov+june past year paper for you to download from my flash widgets. Semua file in pdf format. Anyone yang masih inda dapat print, cikgu sudah photocopy for you but only for this time. lain kali mesti usaha sendiri jua ok.

And.. another thing.. about our IRK extra class, Insyaallah most probably by tomorrow  there will be a new extra classes time table schedule will be released.. so inda pyh cikgu bagi permission forms for my extra class.. it will be given especially by our school’s academic section. 🙂

TAHUKAH KAMU?

APAKAH ITU EMAS PUTIH?

Emas putih terhasil setelah emas tulen dicampur dengan logam lain seperti nikel, zink, tembaga dan sebagainya. Setiap benda yang mengandungi campuran emas tulen akan mempunyai simbol ‘karat’. Simbol ‘karat’ inilah yang menjadi petanda bahawa sesuatu benda itu ada mengandungi emas tulen. Selalunya 18k emas putih mempunyai 75%emas tulen dan 14k emas putih mempunyai 58.3% emas tulen. Emas putih yang terhasil daripada logam yang telah dialoi (gabungan dua logam) ini akan mempunyai sedikit warna kekuning-kuningan. Maka untuk menjadikannya putih, semua emas putih akan dilapisi (plated) dengan rhodium, sejenis elemen perak yang berkilat dan bersifat keras daripada kumpulan logam platinum. (Collins concise Dictionary).

Jika emas putih ini selalu dipakai, maka salutan rhodium akan menjadi nipis dan menghilang, menampakkan warna logam yang sebenar. Untuk memastikan emas putih itu kembali berwarna putih, hendaklah dilapisi semula dengan rhodium.

Maka dapatlah difahami bahawa setiap emas putih itu mengandungi campuran emas tulen bersama logam lain. Setelah digabungkan dua logam itu pula, terhasillah emas putih yang kemudiannya dilapisi dengan rhodium untuk memastikan warnanya sentiasa putih dan berkilat. (Blue Nile Gold Education).

ADAKAH EMAS PUTIH DIWAJIBKAN ZAKAT?

Seperti yang dijelaskan, emas putih ialah hasil campuran emas tulen bersama logam lain.

Menurut asy-Syeikh Muhammad asy-Syarbini al-Khathib:

Ertinya: Dan tidak (wajib zakat) bagi sesuatu benda yang bercampur sehinggalah sampai nishâb emas atau perak apabila diasingkan (dipisahkan) daripada campuran logam yang lain. (Mughni al-Muhtâj: )1/576

Maka dapatlah difahami bahawa emas putih tidak wajib dikeluarkan zakat kerana emas tulen yang ada di dalam emas putih itu bercampur dengan logam yang lain dan tidak terasing atau terpisah daripada campuran tersebut.

MEMANDANGKAN EMAS PUTIH TIDAK WAJIB UNTUK DIKELUARKAN ZAKAT, MAKA NISHÂB DAN KADAR BAGI ZAKAT EMAS PUTIH TIDAK WUJUD.

Dipetik dari:

Fatwa siri -43/2005(Emas Putih)
Jabatan Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam.


DEAR STUDENTS..

ASSALAMU’ALAIKUM SEMUA..

CIKGU BARU UPLOAD KERTAS 1  O LEVEL NOVEMBER 2011

SEKARANG KAMU BOLEH DOWNLOAD DENGAN LENGKAP SEMUA SOALAN-SOALAN LEPAS BAGI NOVEMBER 2011.

 

SELAMAT MENJAWAB DAN CIKGU AKAN MEMULAKAN SESI PERBINCANGAN JAWAPAN BAGI SOALAN-SOALAN INI DENGAN PENUNTUT-PENUNTUT TAHUN 10XP SEMASA KELAS TAMBAHAN NANTI.

P/S: BAGI SOALAN-SOALAN LEPAS TAHUN SEBELUMNYA KAMU BOLEH PRINT OUT MELALUI -> irkpui@blogspot.com

MASALAH DALAM IBADAH HAJI.. SILA BERIKAN JAWAPAN KAMU..

BERIKAN HUKUM HAJI DENGAN ALASAN  BAGI SOALAN-SOALAN INI:-

1) FAWWAZ MEMAKAI JUBAH PANJANG DAN BERSELIMUT KETIKA WUKUF DI ARAFAH KERANA CUACA YANG SEJUK?

2) AMINAH MEMAKAI JUBAH BERWARNA HITAM KETIKA MELAKUKAN SAIE KERANA JUBAH PUTIHNYA TERKENA NAJIS?

3) SELEPAS MELONTAR JAMRAH AQABAH DAN BERGUNTING RAMBUT, DANIAL MEMAKAI CARA MELAYU UNTUK MELAKUKAN TAWAF IFADAH?

SELAMAT MENCUBA 🙂

TIDAK RAMAI YANG MENCUBA UNTUK MENJAWABNYA 😦

JAWAPAN BAGI SOALAN TERSEBUT IALAH:

  1. HAJINYA SAH TETAPI WAJIB FAWWAZ MEMBAYAR DAM KERANA MELAKUKAN PERKARA TEGAHAN SEMASA MASIH BERIHRAM.
  2. SAH HAJI AMINAH KERANA DIA HANYA MEMAKAI PAKAIAN YANG BERWARNA DAN IANYA TIDAK MEMBATALKAN HAJI (HARUS HUKUMNYA).
  3. SAH HAJINYA DAN TIDAK DIKENAKAN DAM KERANA DANIAL TELAH MELAKUKAN TAHALLUL AWAL MAKA BOLEHLAH DIA MEMAKAI PAKAIAN BERJAHIT.