TAHUKAH KAMU?

APAKAH ITU EMAS PUTIH?

Emas putih terhasil setelah emas tulen dicampur dengan logam lain seperti nikel, zink, tembaga dan sebagainya. Setiap benda yang mengandungi campuran emas tulen akan mempunyai simbol ‘karat’. Simbol ‘karat’ inilah yang menjadi petanda bahawa sesuatu benda itu ada mengandungi emas tulen. Selalunya 18k emas putih mempunyai 75%emas tulen dan 14k emas putih mempunyai 58.3% emas tulen. Emas putih yang terhasil daripada logam yang telah dialoi (gabungan dua logam) ini akan mempunyai sedikit warna kekuning-kuningan. Maka untuk menjadikannya putih, semua emas putih akan dilapisi (plated) dengan rhodium, sejenis elemen perak yang berkilat dan bersifat keras daripada kumpulan logam platinum. (Collins concise Dictionary).

Jika emas putih ini selalu dipakai, maka salutan rhodium akan menjadi nipis dan menghilang, menampakkan warna logam yang sebenar. Untuk memastikan emas putih itu kembali berwarna putih, hendaklah dilapisi semula dengan rhodium.

Maka dapatlah difahami bahawa setiap emas putih itu mengandungi campuran emas tulen bersama logam lain. Setelah digabungkan dua logam itu pula, terhasillah emas putih yang kemudiannya dilapisi dengan rhodium untuk memastikan warnanya sentiasa putih dan berkilat. (Blue Nile Gold Education).

ADAKAH EMAS PUTIH DIWAJIBKAN ZAKAT?

Seperti yang dijelaskan, emas putih ialah hasil campuran emas tulen bersama logam lain.

Menurut asy-Syeikh Muhammad asy-Syarbini al-Khathib:

Ertinya: Dan tidak (wajib zakat) bagi sesuatu benda yang bercampur sehinggalah sampai nishâb emas atau perak apabila diasingkan (dipisahkan) daripada campuran logam yang lain. (Mughni al-Muhtâj: )1/576

Maka dapatlah difahami bahawa emas putih tidak wajib dikeluarkan zakat kerana emas tulen yang ada di dalam emas putih itu bercampur dengan logam yang lain dan tidak terasing atau terpisah daripada campuran tersebut.

MEMANDANGKAN EMAS PUTIH TIDAK WAJIB UNTUK DIKELUARKAN ZAKAT, MAKA NISHÂB DAN KADAR BAGI ZAKAT EMAS PUTIH TIDAK WUJUD.

Dipetik dari:

Fatwa siri -43/2005(Emas Putih)
Jabatan Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s