JAWAPAN BAGI SOALAN O LEVEL NOVEMBER 2011 (P1)

DISINI ADA CIKGU BERIKAN SEMULA BEBERAPA JAWAPAN BAGI SOALAN YANG KURANG JELAS SEMASA DI DALAM KELAS PETANG TADI:-

1 (c) Selesaikan masalah berikut:

(i) Hassan memberikan zakat hartanya kepada abang kandungnya yang menanggung hutang.

(ii) Zamarul mempunyai syarikat perniagaan yang mendapat keuntungan yang banyak.

JAWAPAN:

i. Zakat Hassan adalah sah jika abangnya itu berhutang atas tujuan kebaikkan bagi dirinya dan untuk kepentingan ramai sepertimana yang dimaksudkan sebagai al-gharimin.

ii. Zamarul wajib mengeluarkan zakat bagi harta perniagaannya tersebut bilamana ia telah sampai nisab, cukup haul serta syarat-syaratnya dengan kadar sebanyak 2.5% (1/40).

2 (b)/Nyatakan syarat-syarat sah membayar Dam dan bilakah masa yang sesuai untuk membayar ../ Dam?

JAWAPAN:

* Syarat-syarat sah membayar Dam itu mengikut jenis-jenis dam yang EMPAT:

1. TERTIB: Ertinya Tersusun; Pembayarannya hendaklah mengikut susunan. Tidak boleh berpindah pada jenis denda yang kedua melainkan tidak mampu melaksanakan jenis denda yang pertama.

2. TAKHYIR: Ertinya Pilihan; Pembayaran denda ini boleh ditunaikan dengan memilih jenis denda yang diingini atau mampu dilaksanakannya.

3. TAKDIR: Ertinya Tetap; Pembayaran dam/denda mengikut Syara’.

4. TA’DIL: Ertinya Mengikut Nilai; Pembayarannya bergantung kepada nilai harga, tidak ada ketetapan Syara’.

* Syarat pembayaran dam/denda dengan menyembelih korban ialah:

1. Hendaklah binatang sembelihan itu sihat dan gemuk.

2. Hendaklah binatang sembelihan itu selamat dan sempurna sifatnya, tidak buta, tidak tempang, tidak cacat dsb.

3. Jika unta hendaklah yang berumur lima tahun keatas atau lembu yang berumur dua tahun atau kambing yang berumur setahun.

*Masa yang sesuai untuk membayar dam/denda adalah bergantung pada denda yang dikenakan iaitu:

i. Selepas Solat Hari Raya Haji dan pada hari-hari Tasyriq iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah jika denda berupa penyembelihan seekor unta/lembu/kambing, sedekah beberapa cupak makanan dan selain daripadanya.

ii. Jika dam/denda berupa puasa selama 10 hari masa yang sesuai ialah 3 hari di musim haji di Tanah Haram dan 7 hari selebihnya setelah jemaah tersebut pulang ke tanah air.

2 (c) Selesaikan masalah Haji berikut:

(i) Ali mengerjakan tawaf dalam lingkungan Hijru lsmail dan binaan Shazirwan.

(ii) Pak Abu mengupah anak saudaranya untuk mengerjakan ibadah haji bagi pihaknya isebabkan keadaannya yang sakit dan sudah tua.

JAWAPAN:

ii. Harus dan Sah Pak Abu mengupahkan anak saudaranya untuk mengerjakan haji bagi pihaknya kerana adanya keuzuran dengan syarat anak saudaranya itu sudah menunaikan haji bagi dirinya sendiri.

i. Tidak sah tawaf Ali kerana dia telah memasuki kawasan lingkungan Kaabah yang ditegah di dalam syarat-syarat sah tawaf. Wajib dia mengulang semula tawafnya jika ianya jenis tawaf Rukun/Ifadah atau tawaf Wida’.

Sekian. Wallahu ‘Alam Bissowab.🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s