Apa perlu dibuat sebelum Musafir?

Petikan Kuliah Pehin Mufti, Masjid Junjungan, Negara Brunei Darusalaam, 23 Januari 2015.

بسم الله الرحمٰن الرحيم

1) Belayar ke mana-mana adalah perkara besar. Pelayaran bukan remeh-temeh. Ia satu pekerjaan yg berisiko tinggi. Kita perlu mengharapkan RAHMAT ALLAH.

Pehin Mufti mengongsikan tragedi Kapal pelayaran Titanic yg karam pada tahun 1912 dan musibah-musibah yg lain; musibah di laut, musibah di daratan dan musibah di udara. Kapal terbang pun boleh hilang tanpa jejak! Ngeri, bukan?

2) Sebelum memulakan perjalanan, rasulullah sembahyang sunat safar. Itu adalah untuk kebaikan orang meninggalkan dan hadiah pendahuluan untuk orang ditinggalkan. Hadiah tersebut berbentuk barkah.

3) Setelah sembahyang Sunat Safar , Rasulullah akan mengucapkan, “Astaudi ukumullah” (yang bererti “Aku titipkan kamu kepada Allah”, atau “Aku amanahkan kamu kepada Allah.”)

4) Bagi orang yang ditinggalkan, sunat menjawab dengan “Nastaudiunallah diinaka wa amaanaka wa atimma…..” ( google sendiri untuk yang lebih betul.)

5) Semasa naik kenderaan, sunat bertakbir 3x kemudian di ikut dengan doa naik kenderaan.

6) Kata Pehin Mufti, Alhamdulillah, RBA ada dua nikmat. Satu, ada DOA dan kedua, arak tidak dihidangkan. Nikmat hendaklah disebut sebut tanda kesyukuran seperti makna ayat Adhuha di hujung surah.

وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ
“Dan terhadap nikmat Tuhanmu, maka hendaklah kamu siarkan.”

Kuliah subuh bersama Pehin Mufti, seterusnya akan diadakan pada hari Jumaat, 30 Januari 2015 di Masjid Pintu Malim selepas Solat subuh.

Semoga bermanfaat.

7 thoughts on “Apa perlu dibuat sebelum Musafir?

  1. cikgu, ani Aisha dri 9S2. aku asalnya dari India. and mcm setahun skali or dua tahun skali aku ada balik ke india mcm untuk sebulan cam tu. aku musafir di Brunei or sana? macam sembahyang kasar dptkah?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s