Kisah Tauladan

Renungan utk hari ini:

Utk iktibar kita semua…

Kisah zaman Sultan Murad ke-4 Empayar Abbasiyah Iraq

Sultan Murad terasa pada satu mlm, perasaan tidak senang hati. Maka dia buat keputusan utk keluar dgn kawalan ketua pasukan pengawal meronda masyarakat bandar Baghdad.

Jadi mereka merayau sembunyi2 mcm org awam & sampai di kawasan tepi hujung kota, mereka terlihat seorg terbaring atas jalan raya.

Mereka pegi dekat & sedari yang orang tu dah mati !!! Tetapi orang tempatan yang lalu, buat tak peduli pun !!!

Sultan Murad pun berteriak.. 

“Hey apa nie..? Mengapa kamu semua tak pedulikan si mayat ni..? Mana keluarga atau rumahnya? “

Kemudian ada seorg menjawab. “Si mayat ni org ZANDIQ (fasiq, jahat), peminum arak & penzina yg pergi kapada pelacur !!”

Tegur Sultan Murad, “Bukan kah dia daripada Ummat Nabi Muhammad SAW? Sila tolong angkat jenazahnya kembali ke rumahnya !”

Bila sampai di rumahnya, isterinya mula menangis & orang awam pun tinggalkan si mayat & balik.Tinggallah Sultan Murad dengan ditemani ketua pengawalnya.

Si isteri semasa menangis, berdoa. “Ya Allah, kasihani lah Wali Allah. Sesungguhnya saya saksi dia daripada kaum SALIHIN”

Sultan Murad pun tegur si isteri. “Macam mana awak boleh panggil arwah sebagai Wali, tetapi orang ramai kutuknya hingga tak sudi pedulikan mayatnya?”

Jawab si isteri. “Saya sudah sangka akan berlaku begitu. Si suami selalu kaluar waktu malam pegi ke kedai bar & beli sebanyak mungkin arak dan kemudian membawanya balik ke rumah. Kemudian dia menuang ke dalam tandas rumah kami! Dia berdoa. “Aku telah kurangkan bala arak yang ada utk org Islam”

Dan dia pergi kepada wanita pelacur & bayar duit suruh pelacur tutup pintu jangan ambil pelanggan lain malam ni! Balik ke rumah, dia akan bersyukur, Alhamdulillah kepada Allah yang beri taufiq ringankan dosa si pelacur & pemuda org Islam malam ni”

Tetapi malangnya, orang awam nampak dia beli arak & masuk rumah pelacuran. Jadi mereka sangka dia buat jahat!

Kata isterinya, saya dah kata kepadanya. “Jikalau awak mati, tak akan ada sesiapa yg akan mandikan kamu & solatkan jenazah serta kebumikan kamu!”

Tetapi dia gelak & jawab balik.

“Jangan takut! Jenazah aku akan disolatkan oleh Sultan Negara Islam ini dengan ulama & wali-wali Allah!”

Maka menangislah Sultan Murad. Beliau berkata,

“Benarlah kata si arwah.

Aku ialah Sultan Murad! 

Esok kami akan mandikan arwah & solat jenazah serta kebumikannya”

Jadi pada keesokan harinya, solat jenazah bersamanya Sultan dengan ulama dan pembesar negara. Ramai orang awam yang datang dan menguruskan pengebumiannya.

Maha Suci ALLAH !!! 

Kita hukum orang ikut yang kita nampak & dengar saja apa percakapan dari orang lain. Jikalau kita tahu yang tersirat di dlm hati, nescaya kita akan lebih waspada kawal lidah kita..

Nescaya akan bertambah taqwa kepada ALLAH..

“Ya Allah! kurniakan kami sangkaan baik terhadap setiap hamba Allah…

jangan buruk sangka dengan orang lain, anggaplah diri kita lagi hina dri orang lain”

والله أعلم بالصواب  

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s