Tazkirah

Kisah Siak (Marbut) Masjid

‎Ada dua sahabat yg terpisah cukup lama; Ahmad dan Zaenal. Ahmad ini pintar sekali. Cerdas. Tapi kurang beruntung secara ekonomi. Sedangkan Zaenal adalah seorang yg biasa-biasa saja. Namun keadaan orang tuanya mendukung karier dan masa depan Zaenal.
Setelah terpisah cukup lama, keduanya bertemu di tempat yg istimewa; di koridor wudhu, koridor toilet sebuah masjid megah dg infrastruktur yg cantik, yg memiliki view pegunungan dg kebun teh yg terhampar hijau di bawahnya. Sungguh indah mempesona.‎
Zaenal, sudah menjelma menjadi seorang manager perusahaanya . . . Tapi tetap menjaga kesalehannya.
Ia punya kebiasaan. Setiap keluar kota, ia sempatkan singgah di masjid di kota yg ia singgahi. Untuk memperbaharui wudhu, dan sujud syukur. jika masih dapat waktu yg diperbolehkan shalat sunnah, maka ia shalat sunnah juga sebagai tambahan.
Seperti biasa, ia tiba di Puncak Pas, Bogor. Ia mencari masjid. , dan bergegas masuk masjid yg ia temukan.
Di sanalah ia menemukan Ahmad. Cukup terperanjatlah Zaenal ini. Ia tahu sahabatnya ini berasal dari keluarga tak punya harta, tapi pintarnya mashaallah luarr biasa.
Zaenal tidak menyangka bila berpuluh tahun kemudian ia menemukan Ahmad sebagai tukang jaga atau siak di masjid..!‎
“Maaf,” “Kamu Ahmad kan? Ahmad kawan SMP saya dulu?”.

“iya”

Lalu berpelukan mereka. 

“hebat sekali Kamu ya zaenal… maShaallah…”. 

puji Ahmad saat melihat zaenal masih dlm keadaan memakai suit koprat. Lengan yg digulungnya untuk persiapan wudhu, menyebabkan jam mewahnya terlihat .

“Ah, biasa saja…”.balas Zaenal
Zaenal merasa hiba. Ahmad dilihatnya sdg memegang kain lap. . seluarnya disentengkan, dan kopiahnya

ditarik ke belakang sehingga dahinya yg lebar  terlhat jelas.
“Mad… Ini kad nama saya…”.
Ahmad melihat. “Manager Area…”. Wuah, bener2 hebat.”‎
“Mad, nanti habis saya shalat, kita sembang ya. Maaf, kalau kamu berminat, di kantor saya ada pekerjaan yg lebih baik dari sekedar siak di masjid ini. Maaf…”.
Ahmad tersenyum. Ia mengangguk. “Terima kasih ya… . Selesaikan saja dulu shalatnya. Saya pun menyelesaikan pekerjaan bersih2 dulu… Silahkan ya.  ”.

Sambil wudhu, Zaenal tidak habis pikir. Mengapa Ahmad yg pintar, tapi cuma kerja sbgai siak di masjid. Ya, meskipun tidak ada yg salah dg  pekerjaan sebagai siak , tapi siak… ah, pikirannya tidak mampu membenarkan. 
 Air wudhu membasahi wajahnya…
Sekali lagi Zaenal melewati Ahmad yg sedang bebersih. Andai saja Ahmad mengerjakan pekerjaannya ini di pejabat, maka sebutannya bukan siak. Melainkan “office boy”.

Tanpa sadar, ada yg shalat di belakang Zaenal. Sama2 shalat sunnah agaknya. 

Ya, Zaenal sudah shalat fardhu di masjid sebelumnya. 

Zaenal sempat melirik. “Barangkali ini kawannya Ahmad…”, gumamnya.

 Zaenal menyelesaikan doanya secara singkat. Ia ingin segera bicara dg Ahmad.
“Encik,” tiba2 anak muda yg shalat di belakangnya menegur.
“Iya dik..?”
 “Encik, sememangnya kenal dengan Haji Ahmad…?”
 “Haji Ahmad yang mana…?”
 “Itu, yg Encik bersembng tadi…”
 “Oh… Ahmad… Iya. Kenal. Kawan saya dulu di SMP. sudah haji dia?”
 “Dari dulu sudah haji encik. Dari sebelum beliau bangun ini masjid…”.
Kalimat itu begitu datar. Tapi cukup menampar hatinya Zaenal… Dari dulu sudah haji… Dari sebelum beliau bangun masjid ini…
Anak muda ini kemudian menambahkan, “Beliau orang hebat . Tawadhu’. Saya lah yg siak masjid ini yg sebenar. Saya pekerja beliau. Beliau yg bangun masjid ini di atas tanah wakafnya sendiri. Beliau bangun sendiri masjid indah ini, sebagai masjid transit mereka yg mau shalat. encik nampak mall megah di bawah sana? Juga hotel indah di seberangnya? … Itu semua milik beliau… Tapi beliau lebih suka menghabiskan waktunya di sini. Bahkan salah satu kesukaannya, aneh. Yaitu senangnya menggantikan posisi saya. Karena suara saya bagus, kadang saya disuruh mengaji saja dan azan…”.

terdiam zaenal, entahlah apa yg ada di hati dan di pikiranya…‎
*****‎

‎Bagaimana menurut kita ?
Jika Ahmad itu adalah kita, mungkin saat bertemu kawan lama yg sedang melihat kita membersihkan toilet, segera kita beritahu posisi kita siapa yg sebenernya. 
Dan jika kemudian kawan lama kita ini menyangka kita siak masjid,  maka kita akan menyangkal dan kemudian menjelaskan secara detail begini dan begitu. Sehingga tahulah kawan kita bahwa kita inilah pewakaf dan yg membangun masjid ini.
Tapi kita bukan Haji Ahmad. Dan Haji Ahmad bukannya kita. Ia selamat dari rusaknya nilai amal, Tenang saja. . Haji Ahmad merasa tidak perlu menjelaskan apa2. Dan kemudian Allah yg memberitahu siapa dia sebenarnya…‎

MashaAllah

(Org yg ikhlas itu adalah org yg menyembunyikan kebaikannya, seperti ia menyembunyikan keburukannya)

-Tazkiyatun Nafs

Advertisements

I S T I G H F A R

Istighfar Pengguli Roti

Imam Ahmad bin Hanbal dlm perjalanannya menuntut ilmu, akhirnya beliau terpaksa bermalam di sebuah masjid. Malang sekali apabila penjaga masjid menghalang beliau daripada bermalam di situ.

“Ini bukan tempat untuk tidur!” katanya.

Bukan salah penjaga masjid itu yg tidak mengenali Imam Ahmad. Beliau pula tidak memperkenalkan diri. Jika penjaga itu mengenali beliau, pasti dia tidak menghalang Imam Ahmad menumpang tidur. 

Walaupun beliau memujuk penjaga masjid tersebut untuk dibenarkan tidur untuk hanya beberapa jam, namun tidak berhasil.

Kemudian, Imam Ahmad mengambil keputusan berbaring sahaja berdekatan pintu masjid. Namun, di situ pun si penjaga masjid menghalangnya.

Pada masa itu, seorang pembuat roti menyaksikan peristiwa tersebut. Dia merasa simpati kepada beliau. Lantas, dia mengajak Imam Ahmad yg tidak dikenali itu untuk bermalam sahaja di kedainya. Lelaki ini adalah pengusaha sebuah kedai roti. Setelah menunjukkan Imam Ahmad tempat tidurnya, si pembuat roti meneruskan kerjanya.

Imam Ahmad tidak terus tidur. Dia memerhatikan sesuatu yg menarik pada perlakuan lelaki itu. Setiap gerakan tangannya menguli roti, diiringi istighfar yg tidak henti-henti. Imam Ahmad kagum dengan amalan pembuat roti tersebut. Beliau ingin sangat mengetahui rahsianya.

“Sejak bila engkau beristighfar seperti ini? tanya Imam Ahmad.

“Alhamdulillah tuan, sejak lama dahulu.”

“Adakah engkau mendapat keuntungan dengan sentiasa beristighfar?”

Pantas dia menjawab, “Ya! Setiap hajat & permohonan saya sering dimakbulkan Allah. Cuma ada satu sahaja hajat yg belum dimakbulkan, wahai tuan.”

“Apakah itu?”

“Saya berdoa agar dapat melihat Imam Ahmad bin Hanbal tetapi belum dipertemukan dengannya lagi.”

Terkejut Imam Ahmad mendengar jawapannya itu. Lalu Imam Ahmad berkata, “Wahai saudara. Akulah Imam Ahmad bin Hanbal. Allah telah membawa aku untuk bertemu denganmu.”

Begitulah bukti kelebihan istighfar sehingga Allah merakamkan dalam surah Nuh ayat 10-12. Dalam ayat ini, Allah menceritakan bahawa Nabi Nuh menggalakkan umatnya beristighfar kerana ganjarannya banyak, antaranya:

1-Allah menurunkan hujan lebat yg dapat menyuburkan tanah-tanah mereka, sehingga menghasilkan tanaman & buah-buahan yg mendatangkan kebaikan kepada mereka.

2-Allah akan menganugerahkan kepada mereka harta kekayaan yg banyak & beraneka rupa & ragam.

3-Allah menganugerahkan zuriat yg akan melanjutkan keturunan mereka sehingga mereka tidak pupus. 

4-Allah mengalirkan sungai yg berperanan mengairi kebun-kebun mereka, sehingga tanam-tanaman hidup subur & menghijau.

Walaupun wasiat ini berkaitan dengan perutusan Nabi Nuh tetapi sesuai dengan perutusan al-Quran yg manfaatnya bersifat kekal. Lihatlah, walaupun si penguli roti mempunyai hajat yg kecil tetapi Allah memakbulkannya, berkat istighfar yg diamalkan. Dalam dia sibuk menguruskan kehidupan, Allah telah memenuhi hajatnya.

والله اعلم بالصواب

G A R A M

GARAM: Penyembuh@Pembunuh?

Nabi SAW bersabda: “Sebaik-baik LAUK adalah GARAM”(Al-baihaqi)

Garam bukanlah penyebab penyakit, malah ubat yang paling mujarab SEKIRANYA diambil dengan cara yang betul.

GARAM TIDAK BOLEH DIMASAK!

Kesilapan kita (kebanyakan orang Melayu) ialah kita memasak garam iaitu memasukkan garam kedalam masakan ketika minyak sedang MENDIDIH/PANAS. Ia akan menyebabkan garam menjadi racun/toksik.

Garam, bahasa saintifiknya adalah sodium. Jika garam dimasak dengan cara diatas, ia akan menyebabkannya berasid dan membahayakan kesihatan serta mengundang pelbagai penyakit.

Cara yang betul penggunaan garam:

Kaedah Pertama:

– Masakkan makanan yang ingin dimasak sehingga selesai. Contohnya: Kari Ikan

– Kemudian masukkan garam dalam  masakan tadi serta gaulkan apabila ianya beransur suam.

– @ Kacau air garam dan tuangkan kedalam kuah.

Kaedah kedua:

– Masak makanan tanpa masukkan garam.

– Semasa makan, sediakan semangkuk garam disebelah dan taburkan diatas makanan yang ingin dimakan mengikut tahap selera masing2.

“Antara amalan yang diamalkan oleh para Salafussoleh ialah dengan mengambil garam sebelum memulakan makan “

– Ia bertindak sebagai pembuka selera dan juga sebagai mineral bagi badan.

GARAM IALAH MINERAL!!

– Antara kelebihannya ialah: 

* mengubati LEBIH dari 70 penyakit serta seseorang itu tidak akan mati dalam keadaan mati mengejut.  

Sebarkan sekiranya anda mahu semua orang Islam sihat!!

-dr Ust.Ihsan Mohamad

(Imam Muda MBA)

والله أعلم بالصواب

Akidah

Ketahuilah akidah adalah perkara yang amat penting dalam Islam. Ia tidak boleh dipersendakan atau dipermain-mainkan sama ada dengan hati, perkataan mahupun perbuatan kerana semua itu adalah berdosa besar dan boleh menyebabkan murtad atau riddah (keluar daripada agama Islam) yang sangat dimurkai oleh Allah Subhanahu Wata’ala yang menyebabkan terhapusnya segala amal ibadat yang pernah dilakukan. Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Al-Baqarah ayat 217 tafsirnya:

“Dan sesiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya (Islam) lalu dia mati sedang dia dalam keadaan kafir, maka sia-sialah amalan mereka yang baik-baik di dunia dan di akhirat, mereka itulah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya”. 

*Petikan Khutbah Jumaat NBD Bertajuk: 

AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

Kategori : jumaat (08-Jan-2010) 

_________

 #‎Jadual_Sembahyang_NBD .

 >04/04/2015

 >14 Jamadilakhir-1436H

✅Zohor: 12:26

⬛Asar: 15:27

⬛Maghrib: 18:30

⬛Isyak: 19:39

⬛Subuh: 5:01

 Belait +3min, Tutong+1min

 #‎Selamat_Beribadah.