I S T I G H F A R

Istighfar Pengguli Roti

Imam Ahmad bin Hanbal dlm perjalanannya menuntut ilmu, akhirnya beliau terpaksa bermalam di sebuah masjid. Malang sekali apabila penjaga masjid menghalang beliau daripada bermalam di situ.

“Ini bukan tempat untuk tidur!” katanya.

Bukan salah penjaga masjid itu yg tidak mengenali Imam Ahmad. Beliau pula tidak memperkenalkan diri. Jika penjaga itu mengenali beliau, pasti dia tidak menghalang Imam Ahmad menumpang tidur. 

Walaupun beliau memujuk penjaga masjid tersebut untuk dibenarkan tidur untuk hanya beberapa jam, namun tidak berhasil.

Kemudian, Imam Ahmad mengambil keputusan berbaring sahaja berdekatan pintu masjid. Namun, di situ pun si penjaga masjid menghalangnya.

Pada masa itu, seorang pembuat roti menyaksikan peristiwa tersebut. Dia merasa simpati kepada beliau. Lantas, dia mengajak Imam Ahmad yg tidak dikenali itu untuk bermalam sahaja di kedainya. Lelaki ini adalah pengusaha sebuah kedai roti. Setelah menunjukkan Imam Ahmad tempat tidurnya, si pembuat roti meneruskan kerjanya.

Imam Ahmad tidak terus tidur. Dia memerhatikan sesuatu yg menarik pada perlakuan lelaki itu. Setiap gerakan tangannya menguli roti, diiringi istighfar yg tidak henti-henti. Imam Ahmad kagum dengan amalan pembuat roti tersebut. Beliau ingin sangat mengetahui rahsianya.

“Sejak bila engkau beristighfar seperti ini? tanya Imam Ahmad.

“Alhamdulillah tuan, sejak lama dahulu.”

“Adakah engkau mendapat keuntungan dengan sentiasa beristighfar?”

Pantas dia menjawab, “Ya! Setiap hajat & permohonan saya sering dimakbulkan Allah. Cuma ada satu sahaja hajat yg belum dimakbulkan, wahai tuan.”

“Apakah itu?”

“Saya berdoa agar dapat melihat Imam Ahmad bin Hanbal tetapi belum dipertemukan dengannya lagi.”

Terkejut Imam Ahmad mendengar jawapannya itu. Lalu Imam Ahmad berkata, “Wahai saudara. Akulah Imam Ahmad bin Hanbal. Allah telah membawa aku untuk bertemu denganmu.”

Begitulah bukti kelebihan istighfar sehingga Allah merakamkan dalam surah Nuh ayat 10-12. Dalam ayat ini, Allah menceritakan bahawa Nabi Nuh menggalakkan umatnya beristighfar kerana ganjarannya banyak, antaranya:

1-Allah menurunkan hujan lebat yg dapat menyuburkan tanah-tanah mereka, sehingga menghasilkan tanaman & buah-buahan yg mendatangkan kebaikan kepada mereka.

2-Allah akan menganugerahkan kepada mereka harta kekayaan yg banyak & beraneka rupa & ragam.

3-Allah menganugerahkan zuriat yg akan melanjutkan keturunan mereka sehingga mereka tidak pupus. 

4-Allah mengalirkan sungai yg berperanan mengairi kebun-kebun mereka, sehingga tanam-tanaman hidup subur & menghijau.

Walaupun wasiat ini berkaitan dengan perutusan Nabi Nuh tetapi sesuai dengan perutusan al-Quran yg manfaatnya bersifat kekal. Lihatlah, walaupun si penguli roti mempunyai hajat yg kecil tetapi Allah memakbulkannya, berkat istighfar yg diamalkan. Dalam dia sibuk menguruskan kehidupan, Allah telah memenuhi hajatnya.

والله اعلم بالصواب

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s