Kumpulan irsyad hukum:

🌙 Untuk Perkongsian Bersama 🌙
Irsyad Hukum – Sempena Menjelang Bulan Ramadhan, diantaranya:
1. Kekeliruan Bermula Waktu Imsak.
http://pelitabrunei.gov.bn/template/irsyad-hukum?start=99
2. Bolehkah Menyatukan Puasa Qadha Ramadhan Dengan Puasa-Puasa Sunat?
http://pelitabrunei.gov.bn/template/irsyad-hukum/item/20510-bolehkah-menyatukan-puasa-qadha-ramadhan-dengan-puasa-puasa-sunat?
3. Niat Puasa Ramadhan (Sebulan Penuh): Pandangan Mazhab Syafi’e Dan Mazhab Maliki.
Bahagian 1:
http://pelitabrunei.gov.bn/template/irsyad-hukum/item/20225-niat-puasa-ramadhan-sebulan-penuh-pandangan-mazhab-syafi%E2%80%98e-dan-mazhab-maliki
Bahagian 2:
http://pelitabrunei.gov.bn/template/irsyad-hukum/item/20395-niat-puasa-ramadhan-sebulan-penuh-pandangan-mazhab-syafie-dan-mazhab-maliki
4. Zakat Fitrah: Bagaimana Jika Seseorang Itu Berada Di Luar Negeri?
http://pelitabrunei.gov.bn/template/irsyad-hukum/item/20059-zakat-fitrah-bagaimana-jika-seseorang-itu-berada-di-luar-negeri?
5. Persoalan Puasa Bagi Orang Yang Dalam Pelayaran Di Akhir Sya’ban Atau Di Awal Ramadhan dan Di Akhir Ramadhan Atau Di Awal Syawwal.
http://pelitabrunei.gov.bn/template/irsyad-hukum/item/19807-persoalan-puasa-bagi-orang-yang-dalam-pelayaran-di-akhir-sya%E2%80%98ban-atau-di-awal-ramadhan-dan-di-akhir-ramadhan-atau-di-awal-syawwal
6. Keluar Air Mani Di Siang Hari Bulan Ramadhan.
http://pelitabrunei.gov.bn/template/irsyad-hukum/item/19608-keluar-air-mani-di-siang-hari-bulan-ramadhan
7. Fidyah Perempuan Hamil Dan Perempuan Yang Menyusukan Anak.
Bahagian 1:
http://pelitabrunei.gov.bn/template/irsyad-hukum/item/12720-fidyah-perempuan-hamil-dan-perempuan-yang-menyusukan-anak
Bahagian 2:
http://pelitabrunei.gov.bn/template/irsyad-hukum/item/12916-fidyah-perempuan-hamil-dan-perempuan-yang-menyusukan-anak
8. Tidak Mahu Membayar Zakat Membawa Padah.
http://pelitabrunei.gov.bn/template/irsyad-hukum/item/12434-tidak-mahu-membayar-zakat-membawa-padah
9. Mari Hidupkan Sepuluh Malam Terakhir Bulan Ramadhan.
http://pelitabrunei.gov.bn/template/irsyad-hukum/item/12261-mari-hidupkan-sepuluh-malam-terakhir-bulan-ramadhan
10. Puasa Bagi Pesakit Buasir.
http://pelitabrunei.gov.bn/template/irsyad-hukum/item/12095-puasa-bagi-pesakit-buasir
11. Bagaimana Kedudukan Puasa Perempuan Mustahadhah?
Bahagian 1:
http://pelitabrunei.gov.bn/template/irsyad-hukum/item/11472-bagaimana-kedudukan-puasa-perempuan-mustahadhah?
Bahagian 2:
http://pelitabrunei.gov.bn/template/irsyad-hukum/item/11652-bagaimana-kedudukan-puasa-perempuan-mustahadhah?
Bahagian 3:
http://pelitabrunei.gov.bn/template/irsyad-hukum/item/11814-bagaimana-kedudukan-puasa-perempuan-mustahadhah?
12. Segeralah Mengqadha Puasa Ramadhan Yang Terluput.
http://pelitabrunei.gov.bn/template/irsyad-hukum/item/5126-segeralah-mengqadha-puasa-ramadhan-yang-terluput
13. Melakukan Sembahyang Sunat Tarawih 8 Raka`at: Adakah Mendapat Pahala Tarawih?
http://pelitabrunei.gov.bn/template/irsyad-hukum/item/4935-melakukan-sembahyang-sunat-tarawih-8-raka%E2%80%98at-adakah-mendapat-pahala-tarawih?
14. Bolehkah Tidak Berpuasa Demi Keselamatan Orang Lain.
http://pelitabrunei.gov.bn/template/irsyad-hukum/item/4493-bolehkah-tidak-berpuasa-demi-keselamatan-orang-lain?
15. Ziarah Kubur: Pelihara Kehormatan Kubur Serta Ahli Kubur.
http://pelitabrunei.gov.bn/template/irsyad-hukum/item/4639-ziarah-kubur-pelihara-kehormatan-kubur-serta-ahli-kubur
16. Rawatan Dan Pemeriksaan Gigi: Adakah Membatalkan Puasa?
http://pelitabrunei.gov.bn/template/irsyad-hukum/item/4214-rawatan-dan-pemeriksaan-gigi-adakah-membatalkan-puasa?
17. Jagalah Tuntutan Agama Ketika Berbuka Puasa.
http://pelitabrunei.gov.bn/template/irsyad-hukum/item/4022-jagalah-tuntutan-agama-ketika-berbuka-puasa
18. Takutlah Jangan Sampai Puasa Sekadar Lapar Dan Dahaga.
http://pelitabrunei.gov.bn/template/irsyad-hukum/item/3852-takutlah-jangan-sampai-puasa-sekadar-lapar-dan-dahaga
19. Hukum Mengagihkan Zakat Kepada Keluarga Sendiri.
http://pelitabrunei.gov.bn/template/irsyad-hukum/item/2437-hukum-mengagihkan-zakat-kep

Advertisements

Tazkirah Jum”at

KISAH SEORANG YANG TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.
Sebuah kisah diceritakan bahawa seorang lelaki melalui sebuah kawasan perkuburan di suatu malam yang kelam dan sunyi. Tiba-tiba dia terpandang suatu cahaya yang terang benderang muncul dari sebuah kubur, dan terus menjulang ke langit.
Terpegun dan kaku melihat kejadian itu. Dia terfikir kemungkinan kubur ini adalah kubur seseorang yang sangat istimewa. Samada ia seorang wali Allah atau ulama atau orang soleh yang istimewa kedudukannya di sisi Allah.
Diambilnya sebatang kayu lalu dipacak di atas kuburan yang bercahaya itu. Keesokan harinya lelaki itu datang lagi kekawasan perkuburan itu dengan ditemani beberapa orang kampung.
Beliau ingin menyelidiki dan ingin mengetahui kubur siapakah yang sangat ajaib itu.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, lelaki itu berkunjung kerumah simati dan bertemu dengan isteri simati lalu menceritakan keajaiban yang dilihat diperkuburan suaminya.
Anehnya isteri simati terkejut dan kehairanan. Dia sangat mengenal suaminya. Suaminya bukan siapa-siapa. Suaminya seorang petani biasa saja.
 Bukan seorang alim, bukan seorang ahli ibadat, bukan orang soleh, apa lagi bukan imam, bukan muazzin, bukan guru al-Quran. Malah suaminya tidak pandai membaca Quran dan dia tidak pernah mendengar suaminya membaca Quran.
Akhirnya lelaki itu bertanya apakah perkara-perkara anih yang simati selalu lakukan dalam kehidupan sehari-harinya.
Akhirnya isteri simati teringat suatu perkara yang selalu dilakukan oleh si mati, setiap kali sebelum tidur pada setiap malam suaminya akan mengambil wudhu, kemudian masuk di dalam suatu bilik lalu diambilnya al-Qur’an di atas rak, lalu dicium dan dipeluknya dengan penuh kecintaan dan kasih sayang.
Dia akan duduk dan membelek al-Qur’an itu sehelai demi sehelai seperti sedang membaca, sedangkan ia seorang yang buta al-Qur’an. Dia akan meraba-raba ayat-ayat Qur’an itu dengan tangannya, seolah-olah sedang menyentuh dan mebelai sesuatu yang sangat dikasihi.
Tambah isteri simati lagi, dia pernah mendengar rintihan dan esakan tangis suaminya yang sangat sedih, mendayu-dayu dengan penuh penyesalan.

“Tuhanku! Ampunkanlah aku kerana aku tidak mampu membaca kalimah-kalimahmu ini. Janganlah engkau hukum aku di atas kebodohanku ini ya Allah.”

“Wahai Qalam Allah, maafkan kesalahan ku. Aku tidak mampu membaca kalimah-kalimahmu. Aku tidak dapat bersahabat dengan mu. Aku tidak dapat memahami mu. Tapi aku sangat mengasihi mu. Aku sangat mencintaimu.“

“Wahai Kalamullah, jangan lah engkau mendakwa aku, jangan engkau menuduh aku dihadapan Allah diakhirat nanti”.
Lelaki itu meminta untuk melihat al-Quran kesayangan suaminya itu. Benar dan sangat mengharukan apabila dia melihat naskah yang mulia itu kelihatan lusuh, helaian-helaiannya kelihatan selalu dibelek berkali-kali. Dan ada bekas-bekas airmata di kertasnya, tanda seseorang sering menangis berjurai airmatanya tatkala membuka lembaran yang maha suci ini.
Pastinya lelaki ini sangat mulia peribadinya. Hatinya telah bersatu dengan ruh al-Qur’an. Dia sangat mengasihi kalimah-kalimah Allah itu dengan sesungguhnya. Bererti ia mengasihi Allah dengan seluruh jiwa dan raganya.
Marilah kita menghidupkan al-Quran di dalam masjid kita, didalam rumah kita, di dalam diri kita, setiap masa dan ruangkan masa setiap hari untuk membaca dan fahami isi-isinya.

Kongsikan cerita ini supaya kebaikan daripadanya dapat dimanfaat kepada kita semua.
Memuliakan al-Quran sahaja sudah mendapat syafaat inikan pula kita belajar baca dgn betul dan mengamalkannya. Subhanallah!

والله اعلم بالصواب

Ambillah iktibar bahawa betapa ruginya tidak membaca & memahami alquran setiap hari dalam kehidupan kita di dunia ini.

Selamat beramal 👍🏽

SOLAT!

Sungguh hairan,orang masih saja boleh ketawa, walaupun ribuan para belia dan remaja, lelaki dan perempuan tidak Sembahyang Subuh, padahal mereka juga mungkin sudah faham dan malah tahu, bahawa dua raka’at Sembahyang Sunat Subuh sahajapun, nilainya adalah mengatasi harga dunia ini dengan segala isi di dalamnya”,

Petikan Titah KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Di Majlis Sambutan Nuzul Al-Qur’an Peringkat Kebangsaan Bagi Tahun 1434H/2013M
________________________________

Waktu Solat NBD
Isnin, 17 Rabiulakhir 1435H / 17 Februari 2014M

Imsak: 5:07 pg
>>>>> Subuh@5.17.pg

Syuruk: 6:35 pg
Doha: 6:58 pg
Zohor: 12:36 tgh
Asar: 3:56 ptg
Maghrib: 6:34 mlm
Isyak: 7:44 mlm

Waktu-waktu sembahyang bagi Daerah Belait ditambah 3 minit dan Daerah Tutong ditambah 1 minit.

Pra Kelayakan 2013

Tajuk-tajuk utk Peperiksaan Pra Kelayakan 2013:
Paper 1 Irk:
Fiqh – Umrah & Dam
Sejarah – Pengenalan KBA ~ Peranan Abu Muslim (pg. 1-3)

Paper 2 Irk:
Tauhid – Qadha & Qadar ~ Perselisihan sekitar Qadha & Qadar (pg. 1-4)
Tafsir – Tajuk 1 “Perintah berbuat kebaikan & Larangan berbuat kejahatan”
Hadits – Tajuk 1 “Peranan wanita Islam”

Selamat Maju Jaya 😎