Pentingnya Memahami ilmu

Hassan Al Basri merupakan seorang ulama dan ahli perniagaan.  Beliau ada 2 orang anak lelaki. Sebelum beliau meninggal, beliau telah memanggil kedua anak lelaki nya, lalu berpesan,.. 
Bila ayah telah tiada lagi di dunia ini, kamu berdua hendaklah  meneruskan perniagaan ayah. Cuma ada 2 perkara ayah nak pesan;
1. Bila kamu berniaga , jangan kutip hutang.

2. Bila kamu berniaga, jangan kena matahari.
Lalu Hassan Al Basri pun meninggal dunia. Masa berlalu dan selang beberapa tahun, perniagaan si adik semakin merosot dan terus merosot. Manakala perniagaan si abang semakin maju dan maju. 
Satu hari si Ibu (balu Hassan Al Basri) memanggil anak nya si adik. Lalu bertanya,
Si ibu : Wahai adik, kenapa perniagaan mu semakin hari semakin merosot ?
Jawab si adik: Saya ikut pesan ayah.
Si ibu : Apa ayah mu pesan ?
Jawab si adik : 

Ayah berpesan, kalau berniaga jangan kutip hutang. Jadi, semua yang berhutang dengan saya, saya tak pernah minta bayaran. Kalau mereka nak bayar, mereka bayar. Kalau mereka tak bayar, saya tak kan kutip bayaran. 

Ayah pesan lagi, kalau berniaga, jangan kena matahari. Jadi saya kalau kemana mana mesti bawa payung. Jadi saya tak kena matahari sebagaimana pesan ayah.
Kemudian, si ibu pergi berjumpa dengan si abang pula, lalu bertanya.
Si ibu : Wahai abang, ibu lihat perniagaan mu semakin  hari semakin maju, apa yang kamu lakukan ?
Jawab si abang : Saya ikut pesan ayah.
Si ibu : Apa ayah mu pesan ?
Jawab si abang:

Ayah pesan, kalau berniaga jangan kutip hutang. Jadi , semua saya jual tunai. Maka, tak ada orang berhutang dengan saya. Saya ikut pesan ayah, saya tak perlu kutip hutang. Semua bayar tunai.

Kedua , ayah pesan. Jangan kena matahari. Jadi saya keluar ke kedai waktu subuh. Lepas solat subuh, saya tak tidur, terus ke kedai. Malam baru saya pulang ke rumah. Jadi, saya tak kena matahari.
πŸ’ž Moral of the story

“““““““““““““““““““““

Perbezaan mentafsir sesuatu perkara boleh menjadikan arah hidup seseorang itu berbeza dengan yang lain.
Jadi, belajarlah drp ramai guru, banyakkan membaca untuk tambah ilmu, minta Allah SWT beri petunjuk dan mohon agar Allah SWT bimbing kehidupan kita.

Semoga Allah swt memberikan taufik dan hidayah kpd kita semua

“Siapa yang Allah swt mahu kan kebaikan bagi diri nya, akan di fahamkan pada agamanya dengan sebenar benar kefahaman”.
Ustaz Muhammad Abdullah Al Amin

Pesona D’Zahrah

IKIMfm.

Via c&p

Qadha Puasa bagi Perempuan

QADHA PUASA

 Bagaimana Qadha puasa bagi yang meninggalkannya kerana hamil atau menyusukan anak? 
πŸ‘ͺπŸ‘ͺπŸ‘ͺπŸ‘ͺπŸ‘ͺπŸ‘ͺ
sekiranya kedua-dua golongan tersebut meninggalkan puasa kerana takut ditimpa mudharat pada dirinya atau anak dikandungnya, maka wajib baginya meng QADHA dan FIDYAH. 
Fidyah: secupak makanan rasmi sesebuah negara untuk sehari puasa yang di tinggalkan.
😊😁 40 hari menuju ramadhan, masih berpeluang untuk mengqadha bagi yang belum sempat In sya Allah…

 πŸ™ŽπŸ™ŽπŸ™ŽπŸ™ŽπŸ™ŽπŸ™ŽπŸ™Ž
Qadha puasa bagi wanita yang haid atau nifas
πŸ‘§πŸ‘§πŸ‘§πŸ‘§πŸ‘§πŸ‘§πŸ‘§
2 golongan tersebut tidak wajib puasa Ramadhan, tetapi wajib QADHA PUASA (tanpa fidyah) sebelum Ramadhan yang datang.
Sekiranya tidak mengqadha puasanya hingga ke Ramadhan yang datang, maka barulah baginya FIDYAH setiap hari yang ditinggalkannya.
πŸ”’πŸ”’πŸ”’πŸ”’πŸ”’πŸ”’πŸ”’πŸ”’πŸ”’πŸ”’
Kiraan fidyah: satu hari menyamai satu cupak makanan rasmi sesebuah negara (Bagi Negara Brunei Darussalam sehari fidyah:  sebanyak 70 sen). Sila rujuk baitulmal kheu negara kitani.
πŸ”’πŸ”’πŸ”’πŸ”’πŸ”’#βƒ£πŸ”’πŸ”’πŸ”’πŸ”’
Bagaimana dengan puasa yang tidak diqadha betahun-tahun yang sudah?
Formula: (hari yang ditinggalkan) X (tahun gandaan) X ( 1 cupak ) = FIDYAH 
CONTOH: tahun 2013 (2 kali ramadhan), Fatimah tidak puasa selama 3 hari dan tidak mengqadhanya.
kiraannya:

( 3 hari ) X ( 2 kali Ramadhan ) x (  70 sen ) = $3.50 fidyah.
πŸ˜“πŸ˜“πŸ˜“πŸ˜“πŸ˜“πŸ˜“πŸ˜“πŸ˜“πŸ˜“
Bagaimana sekiranya dia tidak tahu atau terlupa berapa hari yang di tinggalkannya?
maka hendaklah dia MENGANGGARKAN berapa hari yang di tinggalkannya (dengan yakin). LEBIH KIRA PUN TAK APA 😊
πŸ•˜πŸ•”πŸ•“πŸ• πŸ•“πŸ••πŸ•žπŸ• πŸ•’πŸ•
😊😁 40 hari menuju Ramadhan, masih berkesempatan untuk mengqadha puasa…

Semoga bermanfaat..
ΩˆΨ§Ω„Ω„Ω‡ Ψ§ΨΉΩ„Ω… Ψ¨Ψ§Ω„Ψ΅ΩˆΨ§Ψ¨

Hari Ibu…?

Ustaz, apakah hukum menyambut hari ibu?

-Ustaz Azhar Idrus (Original):
Hari ibu ialah hari mother church atau ibu gereja kristian.. siapa yg nak sambut silakan… siapa yg rasa takut rosak akidahnya, sebab raikan hari besar kristian ini… jgn sambut!
Betul ke hari ibu haram di sambut?

-Ustaz Azhar Idrus (Original):
begitulah kata setengah ulamak.. Nabi saw ajar kita mengingati ibu sepanjang masa..

-Ustaz Azhar Idrus (Original): sebaiknya ikut cara islam yaitu sepanjang hari ingat kepada ibu yg byk jasanya kpd kita, bukan setahun sekali..

-Ustaz Azhar Idrus (Original): hari ibu dan hari bapa ialah hari perayaan bukan Islam..kenapa kita mesti nak sambut juga? kenapa orang barat tak sambut awal muharram atau maulidur Rasul?
-Ustaz Azhar Idrus (Original):
Maksud sabda nabi s.a.w: Kalian akan mengikuti adat tradisi umat sebelum kamu sejangkal demi sejengkal. Sehasta demi sehasta, sehingga sekiranya mereka masuk ke dalam lubang biawak (pun), kamu akan mengikutinya juga.

Para sahabat nabi bertanya: 

Wahai Rasulullah, apakah mereka itu orang-orang yahudi dan Nasrani? Jawab baginda Rasulullah: Kalau bukan mereka, siapa lagi?(Hadis riwayat Abu Said al Khudri)

πŸ‘†sekadar untuk info bersama..
Hari ibu berasal dari Mother’s Day yg disambut bersempena hari lahir mother theresa salah seorg ahli gereja…
*Hari Ibu…

Jadi raikn hari ibu setiap hari dengan mendoakn & menyayangi dengan iklas

Satu perkongsian

ΩˆΨ§Ω„Ω„Ω‡ Ψ§ΨΉΩ„Ω… Ψ¨Ψ§Ω„Ψ΅ΩˆΨ§Ψ¨

Tazkirah Jum”at

KISAH SEORANG YANG TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.
Sebuah kisah diceritakan bahawa seorang lelaki melalui sebuah kawasan perkuburan di suatu malam yang kelam dan sunyi. Tiba-tiba dia terpandang suatu cahaya yang terang benderang muncul dari sebuah kubur, dan terus menjulang ke langit.
Terpegun dan kaku melihat kejadian itu. Dia terfikir kemungkinan kubur ini adalah kubur seseorang yang sangat istimewa. Samada ia seorang wali Allah atau ulama atau orang soleh yang istimewa kedudukannya di sisi Allah.
Diambilnya sebatang kayu lalu dipacak di atas kuburan yang bercahaya itu. Keesokan harinya lelaki itu datang lagi kekawasan perkuburan itu dengan ditemani beberapa orang kampung.
Beliau ingin menyelidiki dan ingin mengetahui kubur siapakah yang sangat ajaib itu.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, lelaki itu berkunjung kerumah simati dan bertemu dengan isteri simati lalu menceritakan keajaiban yang dilihat diperkuburan suaminya.
Anehnya isteri simati terkejut dan kehairanan. Dia sangat mengenal suaminya. Suaminya bukan siapa-siapa. Suaminya seorang petani biasa saja.
 Bukan seorang alim, bukan seorang ahli ibadat, bukan orang soleh, apa lagi bukan imam, bukan muazzin, bukan guru al-Quran. Malah suaminya tidak pandai membaca Quran dan dia tidak pernah mendengar suaminya membaca Quran.
Akhirnya lelaki itu bertanya apakah perkara-perkara anih yang simati selalu lakukan dalam kehidupan sehari-harinya.
Akhirnya isteri simati teringat suatu perkara yang selalu dilakukan oleh si mati, setiap kali sebelum tidur pada setiap malam suaminya akan mengambil wudhu, kemudian masuk di dalam suatu bilik lalu diambilnya al-Qur’an di atas rak, lalu dicium dan dipeluknya dengan penuh kecintaan dan kasih sayang.
Dia akan duduk dan membelek al-Qur’an itu sehelai demi sehelai seperti sedang membaca, sedangkan ia seorang yang buta al-Qur’an. Dia akan meraba-raba ayat-ayat Qur’an itu dengan tangannya, seolah-olah sedang menyentuh dan mebelai sesuatu yang sangat dikasihi.
Tambah isteri simati lagi, dia pernah mendengar rintihan dan esakan tangis suaminya yang sangat sedih, mendayu-dayu dengan penuh penyesalan.

β€œTuhanku! Ampunkanlah aku kerana aku tidak mampu membaca kalimah-kalimahmu ini. Janganlah engkau hukum aku di atas kebodohanku ini ya Allah.”

β€œWahai Qalam Allah, maafkan kesalahan ku. Aku tidak mampu membaca kalimah-kalimahmu. Aku tidak dapat bersahabat dengan mu. Aku tidak dapat memahami mu. Tapi aku sangat mengasihi mu. Aku sangat mencintaimu.β€œ

β€œWahai Kalamullah, jangan lah engkau mendakwa aku, jangan engkau menuduh aku dihadapan Allah diakhirat nanti”.
Lelaki itu meminta untuk melihat al-Quran kesayangan suaminya itu. Benar dan sangat mengharukan apabila dia melihat naskah yang mulia itu kelihatan lusuh, helaian-helaiannya kelihatan selalu dibelek berkali-kali. Dan ada bekas-bekas airmata di kertasnya, tanda seseorang sering menangis berjurai airmatanya tatkala membuka lembaran yang maha suci ini.
Pastinya lelaki ini sangat mulia peribadinya. Hatinya telah bersatu dengan ruh al-Qur’an. Dia sangat mengasihi kalimah-kalimah Allah itu dengan sesungguhnya. Bererti ia mengasihi Allah dengan seluruh jiwa dan raganya.
Marilah kita menghidupkan al-Quran di dalam masjid kita, didalam rumah kita, di dalam diri kita, setiap masa dan ruangkan masa setiap hari untuk membaca dan fahami isi-isinya.

Kongsikan cerita ini supaya kebaikan daripadanya dapat dimanfaat kepada kita semua.
Memuliakan al-Quran sahaja sudah mendapat syafaat inikan pula kita belajar baca dgn betul dan mengamalkannya. Subhanallah!

ΩˆΨ§Ω„Ω„Ω‡ Ψ§ΨΉΩ„Ω… Ψ¨Ψ§Ω„Ψ΅ΩˆΨ§Ψ¨

Ambillah iktibar bahawa betapa ruginya tidak membaca & memahami alquran setiap hari dalam kehidupan kita di dunia ini.

Selamat beramal πŸ‘πŸ½